ANEMIA dan IBU HAMIL

Apa itu ANEMIA??Hemoglobin (HB) rendah  @ ANEMIA selalu terjadi pada ibu yang hamil. 


Apa itu ANEMIA? Anemia adalah sejenis penyakit yang mengalami kurang kepekatan darah merah daripada biasa. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia. Antara sebab-sebab punca kurang darah adalah kerana ibu kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi, ibu yang kerap bersalin dan pendarahan dari faraj. 

Tanda-tanda ANEMIA:


  • Kelihatan lemah dan lesu.
  • ibu hamil juga berkemungkinan akan mengalami sesak nafas terutama pada trimesta 2 dan 3
  • berasa sering pening dan mungkin akan sering pitam apabila hendak bangun.


ANEMIA dapat dikesan awal apabila ibu hamil membuat rawatan bulanan dihospital @  klinik kesihatan.



RISIKO DAN BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL


Apabila menghadapi masalah anemia semasa hamil jangan dianggap suatu perkara yang "biasa" dan jangan dipandang remeh. Banyak risiko yang akan dihadapi dan antaranya ialah:
  • Kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan
  • Mungkin mengalami risiko keguguran
  • Bayi meninggal didalam perut
  • Bayi kecil atau tidak cukup berat badan
  • Risiko yang sangat tinggi mengalami tumpah darah selepas bersalin
  • Mudah mendapat penyakit berjangkit
  • Anemia yang teruk boleh mengancam nyawa ibu dan bayi
Atasi ANEMIA dengan tabiat pemakanan yang sihat. ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. contohnya   ialah buah kurma, kismis, sayuran hijau spt sayur peria, sawi, bayam, biji-bijian, daging, ayam, ikan dan kerang. Rehat dan tidur yang mencukupi juga sangat penting. Selain itu, pengambilan supplemen Zat Besi/ Iron juga dapat membantu sebagai pelengkap untuk mencukupi kekurangan yang dialami.

CADANGAN SUPPLEMENT YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL.
 


dapatkan keterangan lebih lanjut di sini 
http://loveshaklee4health.blogspot.com/

Hubungi Maizatul Mazua
Tel/Sms/Whatsapp: 019-7348278
Email: myaxora@gmail.com
Visit and like us on FB:https://www.facebook.com/princess.jawa


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...